• ABOUT US
  • TENTANG KAMI
  • CAREER
  • CONTACT
  • More
    • ABOUT US
    • TENTANG KAMI
    • CAREER
    • CONTACT
  • ABOUT US
  • TENTANG KAMI
  • CAREER
  • CONTACT

Tentang Seckira

Kepakaran Kami

Di Seckira Business Solutions, kami menyediakan perkhidmatan pakar perakaunan untuk perniagaan baru, kecil dan sederhana. Kami mempunyai pengalaman yang luas bersama usahawan dan membantu mereka mengatasi cabaran kewangan dalam memulakan perniagaan. 

Kenapa Seckira?

Kami sangat komited untuk membantu perniagaan yang pelbagai mendapatkan kejayaan kewangan melalui perkhidmatan pakar perniagaan kami dalam bidang perakaunan, sekretari perniagaan, cukai, sumber manusia, dan nasihat perniagaan. 


Kami boleh membimbing anda dalam menaiktarafkan perniagaan anda ke peringkat seterusnya. 

Ketahui Lebih Lanjut Bagaimana Seckira Business Solutions Boleh Membantu Anda Menguruskan Perniagaan

Ketahui Lanjut

Perkhidmatan Kami

Perakaunan

Perancangan Kewangan

Setiausaha Syarikat

  Perkhidmatan perakaunan memastikan bahawa rekod kewangan anda adalah tepat dan terkini. Kami menggunakan software dan teknologi terkini untuk mengurus semua keperluan penyelenggaraan buku akaun anda, menghasilkan laporan kewangan sebelum mengemukakannya kepada auditor anda dan SSM. Ia membolehkan anda memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkembangan perniagaan anda. 

Setiausaha Syarikat

Perancangan Kewangan

Setiausaha Syarikat

Perkhidmatan setiausaha kami meliputi pelbagai tugas pentadbiran yang direka untuk memastikan operasi perniagaan anda berjalan lancar. Ini termasuk penubuhan syarikat, penyelenggaraan rekod berkanun, pentadbiran saham, koordinasi mesyuarat, memenuhi kewajipan, dan memastikan pematuhan terhadap undang undang perniagaan.

Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan

Perancangan Kewangan

 Perkhidmatan perancangan kewangan kami direka khas untuk membantu anda mencapai objektif kewangan anda. Kami mengamalkan pendekatan holistik dalam perancangan kewangan, merangkumi belanjawan, pengurusan aliran tunai, dan penilaian risiko syarikat. Dengan ini, kami dapat membantu pemilik syarikat membuat keputusan bagi kemajuan perniagaan.

Perkhidmatan Cukai

Penasihat Perniagaan

Perancangan Kewangan

  Perkhidmatan cukai kami bertujuan untuk meminimumkan tanggungjawab cukai anda dan memanfaatkan peluang penjimatan cukai. Dengan pengalaman yang luas dalam membantu individu dan perniagaan dari semua saiz dan industri, kami menawarkan kepakaran dalam e-filing cukai peribadi, SST, duti kastam, dan pengiraan cukai perniagaan. 

Pemprosesan Gaji

Penasihat Perniagaan

Penasihat Perniagaan

 Perkhidmatan pemprosesan gaji kami menyelaraskan prosedur gaji syarikat anda, menjamin pembayaran tepat kepada pekerja anda pada masa ditetapkan dan juga mematuhi undang-undang dan peraturan cukai. Dari pengiraan gaji dan potongan (EPF, SOCSO, EIS, PCB, Zakat) sehingga pengurusan faedah dan sumbangan statutori, kami akan mengurus segala aspek dengan cekap. 

Penasihat Perniagaan

Penasihat Perniagaan

Penasihat Perniagaan

 Perkhidmatan perundingan perniagaan kami direka untuk meningkatkan operasi perniagaan anda dan meningkatkan keuntungan. Kami menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk menangani keperluan perniagaan unik anda, termasuk bantuan dengan penubuhan perniagaan (pendaftaran MOF), panduan mengenai penggabungan atau pengambilalihan, penyediaan penilaian perniagaan, dan penyediaan laporan A.

Soalan Lazim

Sila emel ke info@seckira.com sekiranya ada sebarang pertanyaan.

Semasa perbincangan awal, kami akan membincangkan keperluan kewangan perniagaan atau peribadi anda dan menentukan cara terbaik bagi kami membantu anda. Kami juga akan memberikan anda sebut harga yang sesuai untuk perkhidmatan kami.


Ya, Seckira Business Solutions menawarkan perkhidamatan pendaftaran untuk MOF, CIDB dan badan kawal selia yang lain untuk membantu anda memperkembangkan perniagaan anda dan kredibiliti pelanggan anda dalam industri tertentu.


Seckira Business Solutions bekerjasama dengan individu, perniagaan kecil, dan korporat dari pelbagai industri. 


Selamat datang ke Seckira Business Solutions!

 Kami adalah akauntan yang berpengalaman dalam perkhidmatan perakaunan, setiausaha syarikat, cukai, dan perundingan yang komprehensif kepada individu dan perniagaan. Hubungi kami hari ini untuk lebih lanjut. 

Jom berjumpa!

Pertadbiran Kami

  

An-Nuurazafira Rasherrinna Md Rasul, merupakan seorang ketua yang tekun dan teliti serta berpengalaman luas dalam bidang kewangan, pentadbiran, dan pengurusan syarikat melebihi daripada 8 perniagaan. An-Nuurazafira adalah seorang profesional yang memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Perdagangan Perakaunan dari Universiti Adelaide, Australia. Beliau diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia yang terkemuka dan juga seorang Akauntan Profesional Bertauliah dengan CPA Australia.


Dengan asas pendidikan yang kukuh dan rekod pencapaian yang menarik, An-Nuurazafira komited untuk memanfaatkan kepakarannya bagi mendorong inovasi dan memajukan pertumbuhan perniagaan kecil dan sederhana (PKS). Misi beliau adalah untuk memaksimumkan produktiviti dengan melaksanakan strategi yang proaktif yang direka khas untuk memenuhi keperluan unik bagi setiap perniagaan beliau kendali.

Rakan Niaga Kami

Keahlian Kami

SECKIRA BUSINESS SOLUTIONS SDN. BHD.

No. 38-1, Jalan Aman Tiara 8, Triana, Bandar Tropicana Aman 42500 Selangor

+6010-2049494

Copyright © 2024 Seckira Business Solutions Sdn. Bhd. - All Rights Reserved.

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept